Monday, May 12, 2008

Debaran Bermula


Minggu peperiksaan fakulti sesi 2007/2008 berjalan dengan lancar dengan kehadiran ketua pengawas dari UTM City Campus iaitu Prof. Madya Normah Mulop serta dibantu oleh pensyarah KTIAM pada 2 hari pertama peperiksaan. Bilik peperiksaan pada kali ini diadakan di Bilik Orkid di mana PM Normah telah menyatakan rasa puas hatinya dengan kemudahan kolej dan persiapan sebelum memulakan peperiksaan. Setakat ini, pelajar telah melalui 2 peperiksaan iaitu subjek Bahasa Inggeris dan TITAS. Rata-rata pelajar merasakan bahawa peperiksaan kali ini lebih mencabar memandangkan mereka berada di semester kedua dan berjanji untuk memberikan yang terbaik bagi baki ujian yang bakal mereka tempuhi kelak.

No comments: